Sejarah Peristiwa Nuzul Quran & Badar Al-Kubro


Sejarah Peristiwa Nuzul Quran | Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 17 Ramadhan.

*Artikel ini ditulis bersama oleh Emas Putih dan Brado Kapak.

Segala puji bagi ALLAH Tuhan Semesta Alam. Maha Suci bagi ALLAH yang telah menurunkan Al-Quran Kitabullah pada malam 17 Ramadhan. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) serta ke atas sekalian para Itrah Ahli Baitnya. Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan Ramadhan tahun ini dan dapat disampaikan kepada Ramadhan tahun akan datang. Semoga kita beroleh manfaat daripada artikel ini, insyaALLAH.

Artikel ditulis oleh Emas Putih.


Nuzul Quran

Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali.

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.

Tarikh Sebenar Nuzul Al-Quran

Secara tradisinya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M,  ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.

Peringkat Penurunan Al-Quran

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. 

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. 

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas.

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW

Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Cara-Cara Al-Quran Diwahyukan

Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Aishah, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW, pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab, ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang Ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”

Fungsi Al-Quran

Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:

1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW
Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad SAW sendiri. Rasullulah SAW telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. 

2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya.


Tambahan oleh Brado Kapak.


Kisah KeRasulan Muhammad dan Nuzul Al-Quran

Seperti yang kita semua sedia maklum, wahyu yang pertama diturunkan kepada Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) adalah Surah Al-Alaq, iaitu 4 ayatnya yang pertama. Surah inilah yang telah mengesahkan bahawasanya Nabi Muhammad adalah seorang Rasul dan Nabi terakhir.

Dalil menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah nabi terakhir yang diutus kepada ummat manusia membawa agama daripada ALLAH SWT:

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu” (QS. Al Maidah: 03).

“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu” (QS. Al Ahzab:40).

Dengan dalil tersebut, maka jelaslah bahawa Nabi Muhammad adalah penutup segala kenabian yang mana maksud kenabian adalah seorang lelaki yang diberi wahyu dan padanya ada syariat daripada ALLAH SWT untuk disampaikan kepada ummatnya.

Sedangkan, kelak di akhir zaman ini akan turun semula Nabi Isa Al-Masih ke dunia namun ketika itu tiada padanya syariat baru melainkan Nabi Isa juga akan membenarkan syariat yang dibawa Muhammad lantas mengajak para umat yang menganut Kristian masuk ke dalam Islam.

Menurut guru hamba, ketika turunnya ayat yang pertama surah Al-Alaq, iaitu Iqra' - Bacalah - itu telah berlaku pada malam Nuzul Quran bersamaan 17 Ramadhan tahun pertama kenabian.

Ketika itu, Baginda Rasulullah SAWAW sedang duduk beruzlah (berseorangan / bersendirian) di dalam Gua Hira' pada malam 17 Ramadhan. Ketika itu, datangnya Jibril menyerupai seorang lelaki dan telah menyuruh Baginda Rasulullah SAWAW membaca.

Ketika Rasulullah SAWAW sedang bersendirian dan bermunajat kepada ALLAH SWT, datang Jibril Alaihis Salam kepada Baginda dengan menyerupai seorang lelaki.

Telah berkata Jibril kepada Baginda; "Wahai Muhammad, Aku adalah Jibril dan engkau adalah utusan ALLAH !" atau dalam bahasa Arabnya disebutkan, "Ya Muhammad! Ana Jibril wa anta Rasulullah!"

Kemudian, berkata lagi Jibril; "Bacalah !". (menurut guru hamba, maksud dalam bahasa Arabnya adalah "Iqra' !" yang membawa maksud, "Akuilah akan keRasulanmu!" atau "Sebutkanlah, engkau itu Rasul ALLAH !")

Kemudian Baginda menjawab; "Maa Ana Bi Qaari / Aku tidak tahu membaca" (menurut guru hamba, maksud perkataan ini seharusnya ditafsirkan sebagai, "Aku tidak sanggup menyebutkannya")

Kemudian, Jibril datang mendekati Baginda seraya memeluk Baginda ke dadanya dengan sangat erat. Lalu, berkata lagi Jibril; "Bacalah !"

Jawab Baginda; "Aku tidak tahu membaca"

Kemudian, Jibril memeluk lagi Baginda ke dadanya.

Kata Jibril; "Bacalah !"

Jawab Baginda; "Aku tidak tahu membaca"

Lalu Jibril memeluk lagi Baginda dan menyuruhnya, "Bacalah !"

Jawab Baginda; "Aku tidak tahu membaca"

Lalu, Jibril memeluk lagi Baginda buat kali keempat. Kemudian selepas itu, barulah Jibril membaca wahyu pertama yang diturunkan iaitu 4 ayat pertama Surah Al-Alaq, yang berbunyi...

"Bacalah (wahai Muhammad), dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia menciptakan manusia dari seketul darah beku. Bacalah! Dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan Tulisan." (QS Al-Alaq: 1- 4)

Lantas, setelah itu barulah Baginda Rasulullah SAWAW dapat membacanya sekaligus mengakui akan kerasulan dirinya. Baginda pun menerima dengan hati terbuka walaupun berat baginya untuk menerima wahyu keNabian tersebut. Baginda akhirnya mengakui bahawa dirinya adalah Rasulullah dengan menjawab, "Ana Rasulullah !". Ketika itu, bergetaranlah seluruh jasad Baginda dan bercahayalah langit malam kerana telah terlantiknya seorang Rasul ALLAH yang akan membawa cahaya Rahmat serta keberkatan untuk seluruh alam ini. Bergetarlah tubuh Baginda dan kesejukan lantaran memikul amanah yang sangat besar itu.

Lantas setelah itu, Baginda Rasulullah SAWAW telah berlari pulang kerumahnya dan meminta agar isterinya, Khadijah Al-Kubro menyelimutinya dan memeluknya. Ketika itulah, Baginda menyuruh Khadijah, "Zammiluni, zammiluni, zammiluni..." yang bermaksud, "Selimuti aku... selimuti aku... selimuti aku...".

Lalu, Khadijah Al-Kubro pun menyelimuti Baginda dan memeluk Baginda untuk menghilangkan rasa sejuk serta terketar-ketar yang dialami Baginda.

Pada keesokan harinya, barulah  Baginda menceritakan kisah yang dialaminya pada malam tersebut kepada isterinya. Lalu, Khadijah Al-Kubro lah orang yang pertama mengakui kisah tersebut dan mempercayai Baginda lantas mengucapkan Syahadahnya memeluk Islam. Khadijah telah mengakui bahawa ALLAH itu adalah Tuhan dan Muhammad itu pesuruhNYA. Seraya itu, Khadijah telah membawa Baginda bertemu dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal iaitu seorang Nasrani yang membaca Injil dan merupakan seorang Ahli Kitab Injil. Dan ketika itu, Waraqah telah bertanya kepada Baginda, "Ya Muhammad, apakah yang telah engkau lihat pada malam tersebut??"

Kemudian, Baginda menceritakan akan segala kisah yang terjadi pada malam itu. Lantas, Waraqah terus berkata, "Itulah Jibril, pembawa wahyu yang pernah datang kepada Musa membawa wahyu daripada ALLAH Tuhan Semesta Alam." Lalu, Waraqah pun mengucapkan Syahadahnya dan menjadi lelaki dewasa pertama memeluk Islam. Waraqah seraya berkata, "Andai aku hidup, pastilah aku akan membantumu sekuat tenagaku." Lalu, dari situlah bermulanya dakwah Baginda kepada ummatnya dan juga mengIslamkan kaum kafir Quraisy.

Setelah itu, barulah Baginda bertemu saudaranya, Ali bin Abi Thalib lalu mengIslamkannya. Ali merupakan remaja pertama memeluk Islam ketika itu. Lantas, dari situ bermulanya dakwah Baginda secara senyap-senyap atau dalam erti kata lain, "dakwah bis-sirri". Rasulullah telah menjadikan rumah Waraqah bin Naufal sebagai tempat menyampaikan risalah terawal dan kesemua mereka yang memeluk Islam ketika itu disebut sebagai "As-Saabiqunal Awwalun" iaitu golongan terawal memeluk Islam.

--------------------

Berdasarkan kisah di atas, telah rasmilah perlantikan Nabi Muhammad sebagai seorang Nabi, Rasul dan juga utusan yang membawa wahyu serta syariat daripada ALLAH SWT.

Peristiwa malam tersebut menurut guru hamba, bukanlah dalil bahawa Nabi Muhammad itu tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Sebaliknya, peristiwa tersebut adalah satu peristiwa terbesar dimana Baginda SAWAW dipaksa untuk mengakui KeRasulan dan keNabiannya kerana sebelum Baginda menerima wahyu Al-Quran yang pertama itu, Baginda telah kerap beruzlah di Gua Hira' dan sering kali wahyu diturunkan dalam keadaan separa sedar kepada Baginda tetapi Baginda tidak berani untuk menyatakan kerasulannya.

Hanya selepas datangnya Jibril kepada Baginda pada malam 17 Ramadhan tersebut, dan dipaksa berulang kali, barulah Baginda berani menyatakan keRasulan dan keNabiannya selepas itu.

Menurut guru hamba, diutuskan Jibril kepada Baginda pada malam itu sebenarnya hendak memberitahu kepada Baginda bahawa sebenarnya Baginda adalah seorang utusan ALLAH yang telah dilantik oleh ALLAH. Kerana itu, wahyu pertama yang diturunkan adalah Iqra' iaitu bermaksud Bacalah atau dalam erti kata lain, menyuruh Baginda untuk mengakui akan kerasulan dan kenabian dirinya.

Buat pertama kalinya disuruh mengaku akan keNabian, maka Baginda menolak dengan menyatakan, "Aku tidak dapat menyebutkannya" atau dalam bahasa Arabnya, "Maa Ana Bi Qaari" yang bila diterjemahkan secara literal akan membawa maksud, "Aku tidak tahu membaca". Sedangkan, menurut guru hamba, ketika itu Nabi tidak berani menyatakan akan keNabiannya kerana perkara keNabian adalah perkara yang amat besar bilamana ada satu tanggungjawab yang dahsyat telah diletakkan ke atas pundak seseorang itu.

Lalu kerana itulah Baginda menolak sebanyak tiga kali pada awalnya sebelum Jibril membacakan 4 ayat pertama Surah Al-Alaq yakni perintah daripada ALLAH SWT agar Muhammad mengaku akan kerasulan dan kenabian dirinya supaya dia membawa tanggungjawab tersebut serta menyampaikannya kepada ummat manusia. Inilah juga yang boleh kita katakan sebagai peristiwa, "Di Islahkan dalam satu malam" yang mana secara tepat, ia membawa maksud perlantikan membawa amanah daripada ALLAH SWT kepada umat Manusia yang dibuat pada waktu malam.

Dalil yang menyatakan bahawa amanah dan tanggungan menjadi utusan ALLAH itu adalah amat berat, dapat kita baca berdasarkan ayat Quran berikut;

"Muhammad Rasul ALLAH ! Dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka.... (ila akhiri ayat)." (QS Al-Fath: 29)

Dalil yang menyatakan bahawa Waraqah adalah lelaki dewasa pertama memeluk Islam dan Khadijah Al-Kubro adalah wanita pertama memeluk Islam dapat kita baca dari hadis berikut,

Diriwayatkan oleh Aisyah, “...Nabi kembali kepada Khadijah disaat jantungnya berdetak dengan cepat. Lalu Khadijah membawanya kepada Waraqah bin Naufal, seorang nasarah dan seorang pembaca Injil dalam bahasa Arab. Waraqa bertanya (kepada nabi), ”Apa yang kamu lihat?” Di saat nabi menceritakannya, Waraqah menjawab, “Itu adalah malaikat yang oleh Allah utus kepada Musa. Andai aku masih hidup hingga engkau menerima wahyu, pastilah aku akan mendukungmu sekuat tenaga.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Manakala, dalil yang menyatakan akan datangnya Jibril pada malam keRasulan dan malam keNabian itu atau lebih tepat sebagai malam pengislahan dan juga malam Nuzul Al-Quran itu adalah sebenarnya malam di mana Jibril menyuruh Baginda mengakui dirinya adalah utusan ALLAH dapat kita lihat berdasarkan hadis berikut...

Imam Ibn Jarir al-Tabari writes that the noble Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) was in the Cave of Hira when an angel appeared and said, “‘O Muhammad! I am Jibril (Gabriel) and you are the Messenger of Allah (most high)’, and then he said, ‘Read’.”

The Imam of the scholars of hadith, Imam al-Bukhari, has related this episode of the first revelation from ‘A’isha Siddiqa (Allah be pleased with her) in his Sahih. Its summary is presented as follows:

Whilst the noble Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) was in the Cave of Hira, suddenly an angel (Jibril) came to him and said, “Read.” The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) replied, “I am not a reader.” The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) relates: Then he took hold of me, pressed me to his chest, released me and then said again, “Read.” I replied, “I am not a reader.” Then he took hold of me, pressed me to his chest, released me and the third time said again, “Read.” I again replied, “I am not a reader.” Then he took hold of me again, pressed me to his chest and upon releasing me, the fourth time – reciting the first five verses of Surat al-‘Alaq (96) – said, “Read, in the name of your Lord, who created: created the human being from clotted blood. Read, for your Lord is Most Generous, who taught by the pen, taught the human being what he did not know.” Upon this, Allah’s Messenger (peace and blessings of Allah be upon him) did not refuse, but received the revelation and came home.


(Sahih Bukhari, English Vers)

Berdasarkan hadis diatas dan juga kata-kata daripada Imam Ibnu Jarir At-Tabari, maka itulah sebenarnya kisah yang terjadi pada malam Nuzul Al-Quran. Iaitu pada malam tersebut, telah diwahyukan dan diperintahkan agar Muhammad mengakui akan dirinya itu adalah utusan dan juga pesuruh ALLAH. Dari situ, maka bermulalah perjalanan Baginda membawa wahyu untuk mengIslamkan umatnya.

Menurut guru hamba lagi, malam turunnya Al-Quran iaitu Kitabullah dari Kalam ke Loh Mahfuz dan ke Baitul Izzah adalah pada malam bersamaan 17 Ramadhan. Dalil penurunan Kitabullah ini dapat kita baca daripada ayat Quran berikut;

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (QS Al-Qadr: 1 - 5)

Menurut guru hamba, ayat tersebut diturunkan kepada Muhammad untuk menjelaskan peristiwa Malam Lailatul Qadr iaitu dimana pada malam Lailatul Qadr tersebut adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan kerana pada malamnya turun Al-Quran dan diutuskan kepada Muhammad agar mengakui keRasulan dan keNabiannya. Bahkan, menurut guru hamba lagi, pada malam keRasulan dan keNabian Baginda Muhammad itu jugalah adalah Malam Lailatul Qadr dimana pada malam itu sejahtera dan berkat ia sehingga terbitnya fajar dimana ketika itu Baginda sedang diselubungi selimut dirumahnya dan ditemani oleh isterinya, Khadijah Al-Kubro.

Malam 1000 bulan atau malam 7 likur menurut orang Melayu lama, merujuk kepada malam yang istimewa dianugerahkan kepada ummat Muhammad. Menurut guru hamba lagi, sebenarnya Malam Lailatul Qadr itu hanya diturunkan pada 17 Ramadhan untuk Muhammad, namun setelah itu Muhammad berdoa dan meminta kepada ALLAH SWT agar malam 1000 bulan itu dapat dirasai oleh ummatnya. Lalu, ALLAH SWT memperkenankan doa Baginda dan akhirnya malam tersebut disembunyikan pada 10 malam terakhir pada malam-malam ganjil di bulan Ramadhan agar dapat ummat Muhammad memburunya serta memperbanyakkan ibadah di malamnya. Nabi juga telah memberitahu bahawa pada malam itu doa-doa ummatnya diangkat dan dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Kerana itulah, Baginda telah memberitahu kepada kita bahawa Rejab itu bulan ALLAH, Syaaban itu bulannya dan Ramadhan itu bulan ummatnya. Kerana, pada Ramadhanlah telah banyak berlaku peristiwa besar yang memberi manfaat kepada ummat Muhammad, yang membawa Rahmat kepada seluruh alam. Dan peristiwa paling besar yang membawa Rahmat untuk ummat ini adalah malam Nuzul Quran dan juga malam yang sama dimana Baginda diperintahkan mengakui keRasulan dan keNabiannya yang mana dari situlah bermulanya perjalanan Baginda membawa Islam dan menyeru ummatnya untuk memeluk Islam serta mengakui bahawa ALLAH itu Tuhan dan Muhammad itu pesuruhNYA.

Maka jelaslah sudah bagi kita semua ummat akhir zaman ini akan kelebihan dan juga kebesaran malam Nuzul Quran dan juga malam Lailatul Qadr itu. Burulah ia di malam-malam ganjil di 10 yang terakhir pada Ramadhan kerana padanya adanya Lailatul Qadr seperti yang dijanjikan kepada kita oleh Baginda SAWAW.

Peristiwa Badar Al-Kubro

Seperti yang kita sedia maklum, selain peristiwa Nuzul Quran dan peristiwa Lailatul Qadr yang pertama pada 17 Ramadhan, terdapat peristiwa lain yang juga besar bagi umat Islam yang telah berlaku pada 17 Ramadhan. Peristiwa tersebut adalah Badar Al-Kubro.

Peristiwa ini adalah perang pertama yang terjadi antara orang Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad melawan orang-orang Kafir Quraisy yang dipimpin oleh pemuka Quraisy, Abu Sufan, Abu Lahab dan Abu Jahal.

Seperti sedia maklum, peristiwa itu telah terjadi pada siang hari 17 Ramadhan iaitu pada tahun kedua Hijrah dimana ia telah berlaku di Lembah Badar. Pertempuran itu telah mengorbankan seramai 14 orang di kalangan kaum Muslimin. Selain itu, pertempuran tersebut juga telah mengorbankan seramai 70 orang dari kalangan kafir musyrikin dan sekitar 40 - 70 orang lagi ditawan.

Pertempuran ini telah melibatkan seramai 313 orang tentera Islam, 2 berkuda dan 70 berunta manakala selebihnya berjalan kaki. Di pihak lawan pula yang dipimpin oleh Amru bin Hisyam (Abu Jahal), seramai 1000 orang tentera termasuk 100 berkuda dan 170 berunta dan selebihnya berjalan kaki.

Pertempuran ini telah menjadi titik tolak terbesar dalam survival kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah. Mereka telah bersatu padu menentang kafir Quraisy pada perang tersebut sekaligus telah membuka mata dunia terhadap Madinah yang diperintah oleh Baginda sebagai sebuah bandar dan kota yang bukan calang-calang.

Berikut adalah senarai 313 orang tentera yang terlibat dalam perang Badar Al-Kubro dipihak Muslim...

*Rujukan daripada Ahmad Putra.

(Klik imej untuk memperbesar)

1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar al-Siddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Uthman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tolib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

Al-Fatihah buat kesemua para Syuhada' Badar Al-Kubro. Semoga Allah merahmati para ahli Badar yang berjuang di bulan Ramadhan. Semoga semangat mereka kekal bersama kita dalam menegakkan kebenaran. Amin.

Akhir kata, saya Brado Kapak mewakili seluruh warga kerja Drama Raja ingin mengucapkan, Selamat menyambut Nuzul Quran dan juga selamat menjalani ibadah puasa serta ibadah malam pada hari-hari terakhir dibulan Ramadhan tahun ini.

Semoga kita masih diberikan peluang dan juga kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun akan datang, InsyaALLAH. Semoga kita semua beroleh manfaat daripada artikel yang panjang lebar ini.

WassALLAHu 'ala Sayyidina Muhammad wa Aalihi wa Baaraka wa Sallam Ajma'iin.

Sekian.

*Artikel ditulis oleh Emas Putih dan Brado Kapak.
Diterbitkan oleh Brado Kapak setelah mendapat izin dari guru saya sendiri. Rujukan kisah di atas sepenuhnya dipetik daripada kalam guru yang disampaikan kepada saya. Saya menukilkannya dalam bahasa saya sendiri dan dengan penambahan dalil yang dibuat oleh saya sendiri.

Terima kasih kepada,
1. Guru saya.
2. Emas Putih yang menulis artikel para terawal.
3. Perguruan Tuk Kenali dan Ahlul Bait.
4. Sidang Mesyuarat PERKEMIM.
5. Ahmad Putra.


-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

2 Responses to "Sejarah Peristiwa Nuzul Quran & Badar Al-Kubro"

  1. Tuan, saidina Hamzah maut dalam Uhud atau Badar?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Minta maaf. Rasulullah SAW seorang yang ummi ( tak tahu baca dan tulis ) bukan satu kekurangan atau kelemahan tetapi ianya satu kelebihan dan mukjizat yang menjadi dalil menolak dakwaan musyrikin yang menuduh Rasulullah SAW mereka-reka Al-Quran.

    ReplyDelete